Saturday, July 4, 2009

Bagaimana Ianya Bermula

Oleh rmf

Pada 23 Jun 2009 - Jam 8.00 Pagi - Selasa

Dimasa ini seperti kebiasaan, saya sedang bersarapan lagi di sebuah warung di Pekan Lambor Kanan bersama beberapa orang penduduk Kampung sambil bersembang kosng yang nyatanya tanpa hala tuju dan motif untuk disampaikan.

Dimasa ini terpandang oleh saya seorang wanita yang sedang berjalan kaki sambil mendukung seorang bayi kecil yang berumur kira kira 9 bulan dan seorang budak lelaki berumur 8 tahun menujuk ke Sekolah Kebangsaan Lambor Kanan.

Tesentak dihati saya untuk bertanya kepada salah seorang penduduk kampung di meja saya mengenai wanita tersebut.Banyak persoalan yang keluar dibenak hati saya, siapakah wanita ini? mengapa dia berjalan kaki dengan mendukung sianak kecil?, siapakah budak lelaki tersebut?, dimanakah suami nya? Dimana kah rumahnya? Semua ini berlegar didalam benak hati saya ketika itu.

Balong nama gelaran salah seorang penduduk kampung Lambor Kanan telah menceritakan segalanya kepada saya sehingga kan rasa tidak percaya kepada jalan jalan kehidupan yang dilalui oleh mereka.

Jam 9.00 pagi. - selasa

Saya terus mendesak penduduk tersebut agar menunjukkan kepada saya dimana rumah keluarga tersebut untuk saya yakinkan pada diri bahawa apa yang telah diceritakan kepada saya adalah tidak benar sama sekali.

Sepanjang perjalanan kerumah keluarga tersebut, benak hati saya membayangkan bagaimanakah keluarga ini.

Alangkah sedihnya , apabila saya sampai di perkarangan rumah keluarga tersebut , apa yang saya dapati ialah sebuah rumah yang suram sesuram hati keluarga ini.
Saya terus beredar dengan seribu atau sejuta pertanyaan yang seharusnya di jawab oleh pemimpin-pemimpin kelas pertengahan mengenai permasalahan ini. Semasa perjalanan pulang fikiran saya nekad untuk mengambil tindakan sewajarnya tanpa merujuk kepada sesiapa pun.Sebagai seorang yang telah lama berkecimpung didalam komuniti saya tahu saluran saluran yang perlu saya ambil untuk menarik perhatian agar ianya diambil tindakan segera terhadap keluarga ini.

No comments:

Post a Comment