Monday, July 6, 2009

Lawatan Pertama

Oleh rmf

Lawatan pertama ini telah dibuat pada 22hb Jun 2009, dan di temani oleh seorang penduduk kampung yang hanya mahu di kenali sebagai Balung sahaja. Dengan kerjasama beliau lawatan ini dapat dijalankan. Saya telah merakamkan apa yang sepatutnya di ketengahkan untuk diberikan perhatian oleh komuniti.
Rumah Pak Hamid,

Bekeluasan 18kaki x 20 kaki, tanpa bekalan letrik, bekalan air , tandas serta sistem kumbahan yang baik.


Keluarga Pak Hamid
Isteri nya mengalami penyakit mental dan Rafidah 16 tahun serta adiknya berumur 8 tahun pun mengalami penyakit yang sama.



Anak lelaki Pak Hamid bersekolah di Sekolah Kebangsaan Lambor Kanan didalam Kelas Pendidikan Khas. Berjalan kaki sejauh 3 kilometer setiap hari untuk kesekolah.
Pandangan hadapan rumah Pak Hamid







Pak Hamid 65 tahun,ketua keluarga yang telah hilang punca pencarian akibat penyakit yang ditanggungnya. Kini mengharapkan belas ikhsan masyarakat untuk membantu beliau.




Isteri Pak Hamid
Mengalami penyakit mental yang membataskan beliau untuk mengurus kehidupan seperti orang lain.



Ruang didalam rumah Pak Hamid,
Disinilah merea tidur, makan, dan bersalin pakaian.






Salah satu ruang didalam rumah Pak Hamid,








Bilik mandi Pak Hamid, Bekalan air di ambil dari rumah orang sebelah



Ruang Dapur Pak Hamid, Masih menggunakan dapur kayu di luar rumah untuk memasak. Bayangkan lah jika cuaca tidak menentu dan hujan.



Ini lah kompang kelapa muda yang telah menjadi makanan kepada keluarga ini apabila ketiadaan beras dan makanan lain untuk dimakan. Semasa lawatan ini keluarga ini sudah tidak menjamah nasi selama 3 hari. Mereka meneruskan kehidupan dengan memakan isi kelapa muda dan tua.
Bantuan telah dihulurkan dengan serta merta pada hari tersebut.

Seperti keterangan di atas.







Saturday, July 4, 2009

Bagaimana Ianya Bermula

Oleh rmf

Pada 23 Jun 2009 - Jam 8.00 Pagi - Selasa

Dimasa ini seperti kebiasaan, saya sedang bersarapan lagi di sebuah warung di Pekan Lambor Kanan bersama beberapa orang penduduk Kampung sambil bersembang kosng yang nyatanya tanpa hala tuju dan motif untuk disampaikan.

Dimasa ini terpandang oleh saya seorang wanita yang sedang berjalan kaki sambil mendukung seorang bayi kecil yang berumur kira kira 9 bulan dan seorang budak lelaki berumur 8 tahun menujuk ke Sekolah Kebangsaan Lambor Kanan.

Tesentak dihati saya untuk bertanya kepada salah seorang penduduk kampung di meja saya mengenai wanita tersebut.Banyak persoalan yang keluar dibenak hati saya, siapakah wanita ini? mengapa dia berjalan kaki dengan mendukung sianak kecil?, siapakah budak lelaki tersebut?, dimanakah suami nya? Dimana kah rumahnya? Semua ini berlegar didalam benak hati saya ketika itu.

Balong nama gelaran salah seorang penduduk kampung Lambor Kanan telah menceritakan segalanya kepada saya sehingga kan rasa tidak percaya kepada jalan jalan kehidupan yang dilalui oleh mereka.

Jam 9.00 pagi. - selasa

Saya terus mendesak penduduk tersebut agar menunjukkan kepada saya dimana rumah keluarga tersebut untuk saya yakinkan pada diri bahawa apa yang telah diceritakan kepada saya adalah tidak benar sama sekali.

Sepanjang perjalanan kerumah keluarga tersebut, benak hati saya membayangkan bagaimanakah keluarga ini.

Alangkah sedihnya , apabila saya sampai di perkarangan rumah keluarga tersebut , apa yang saya dapati ialah sebuah rumah yang suram sesuram hati keluarga ini.
Saya terus beredar dengan seribu atau sejuta pertanyaan yang seharusnya di jawab oleh pemimpin-pemimpin kelas pertengahan mengenai permasalahan ini. Semasa perjalanan pulang fikiran saya nekad untuk mengambil tindakan sewajarnya tanpa merujuk kepada sesiapa pun.Sebagai seorang yang telah lama berkecimpung didalam komuniti saya tahu saluran saluran yang perlu saya ambil untuk menarik perhatian agar ianya diambil tindakan segera terhadap keluarga ini.

Pendahuluan

Oleh rmf

Sepanjang perjalanan kehidupan, terdapat kisah kisah menarik suka duka sebagai satu rentetan jalan jalan sepanjang usia kita. Pada awal permulaannya saya tidak akan mengambil bahagian di dalam pertandingan pembinaan blog didalam program komuniti yang telah berlangsung diatas kesibukan aktiviti kemasyarakatan dan sosial yang telah saya ceburi sebelum program PPKR bermula lagi.

Fikiran saya bercelaru apabila melihat betapa jerihnya insan insan ini mengharungi kehidupan mereka demi sesuap nasi disamping untuk membesarkan tanggungan yang berada dibawah tanggungjawabnya.

Dimasa ini saya tidak memikirkan lagi tentang kursus yang wajar saya lakukan untuk komuniti dengan KPI yang telah ditetapkan. Fikiran saya selama ini hanya memberikan tumpuan yang penuh untuk berusaha menolong sedaya upaya agar kesempitan keluarga dapat dikurangkan dengan rangkaian rangkaian yang ada pada diri saya dan juga rangkaian politik untuk membantu keluarga ini.

Program kursus kali ini telah menjadi agenda kedua bagi saya, sehingga segala usaha dilakukan sehingga keputusan yang benar-benar boleh membantu keluarga ini dapat dicapai sepenuhnya.

Akan tetapi, diatas desakan kehidupan yang mana saban hari kita lalui telah mengamit saya membuat blog ini agar dengan paparan ini sedikit sebanyak akan menyedarkan kita tentang erti kehidupan yang sebenarnya.

Saya katakan tentang apa yang saya paparkan nanti ialah Ranjau Sepanjang Jalan satu kehidupan yang tidak pernah kita lalui sepanjang usia kita.
Sekian.
Redzuan Bin Mohamed Junid.